kenapa perlu mengembara di usia muda
Diterjemah dan diolah daripada artikel Norbert.
Terdapat banyak sebab kenapa digalakkan mengembara di usia muda dan kenapa anda perlu melalukannya. Di sini ada sembilan sebab yang dapat membantu anda untuk mengorak langkah pertama menjelajah dunia.
1. Mengenalpasti kemahuan dalam hidup anda
Adalah menjadi perkara normal apabila manusia tidak tahu apa yang mereka inginkan sebenarnya dalam kehidupan mereka sehinggalah mereka sendiri mencuba sesuatu. Mengembara ketika usia muda adalah platform terbaik untuk mempelbagaikan pengalaman dan mengenalpasti apa tujuan hidup. Setiap negara, setiap bandar, malah setiap restoran yang anda kunjungi akan memberi peluang untuk anda menikmati pelbagai pengalaman berbeza. Lebih baik anda sedar akan keinginan dan potensi diri di usia muda berbanding menyedarinya di kemudian hari yang ketika itu sudah pun terlewat.
2. Kurang aset menjadikan anda lebih bebas
Semakin meningkat dewasa, anda mula mengumpul aset-aset seperti kereta, rumah, keluarga dan sebagainya. Mengembara sebelum tiba peringkat itu akan menjadi lebih mudah dan bebas kerana tiada sekatan atau bebanan. Ketika itu aset pun masih belum banyak. Anda boleh mengembara dengan tempoh masa yang lama, lebih kerap dan lebih jauh.
| Usia ketika muda adalah waktu terbaik untuk keluar melihat dunia | 3. Mengembara boleh menjana ilmu Pendidikan di luar lebih luas daripada pendidikan di sekolah dan sudah tentu ianya boleh didapati melalui pengembaraan. Dengan mengembara, anda boleh meluaskan ilmu pengetahuan yang kesemuanya boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Malah sedar atau tidak, anda akan menjadi semakin berkeyakinan, berani, bijak membuat keputusan, bijak menangani masalah dan sebagainya. Sesungguhnya, dunia ini adalah universiti kehidupan. 4. Mengembara menjadikan personaliti anda lebih menarik Tiada perkara yang lebih menarik berbanding berbual dengan seseorang yang mempunyai perkara untuk diperkatakan. Anda tidak lagi menjadi kanvas putih yang membosankan, pengembaraan telah mewarnakan hidup anda menjadi lebih menarik berbanding sebelumnya. Bicara tentang pengembaraan dengan kawan-kawan dapat membuka mata mereka tentang anda dan dunia pengembaraan, malah anda mungkin menjadi inspirasi kepada mereka yang baru hendak keluar melihat dunia. 5. Dewasa dengan kaya budaya Bila mengembara, anda terdedah dengan pelbagai budaya yang sebahagiannya pasti memberi impak kepada kehidupan anda. Dengan mempelajari budaya asing, anda akan melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif. Setiap budaya adalah berbeza, begitu juga dengan setiap manusia. Pertukaran budaya juga menjadikan anda lebih peka dengan sekeliling, malah minda menjadi lebih merdeka dan berfikir lebih luas dalam berbicara dan mengungkapkan pendapat. | Minat untuk mengembara boleh dipupuk dari kecil lagi | 6. Belajar berdikari dan menjadi lebih bertanggungjawab Mengembara adalah cara terbaik untuk belajar berdikari. Bila anda mengembara, semuanya bergantung pada diri anda sendiri. Anda bertanggungjawab menguruskan tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, pasport, duit dan sebagainya. Malah kesusahan dan kesulitan yang dialami semasa pengembaraan juga boleh menjadikan perjalanan anda lebih bermakna. 7. Belajar menguruskan kewangan Kehabisan duit boleh menjejaskan perjalanan. Walaupun duit sebenarnya bukan menjadi masalah utama, tetapi tanpa duit di zaman ini, segalanya mungkin boleh menjadi mustahil untuk dilaksanakan. Tiada zon selesa apabila anda keluar mengembara, segalanya bergantung pada diri anda sendiri dalam mengawal keluar-masuk kewangan dari poket anda. Maka disebabkan itu, pengembaraan menjadi platform terbaik untuk anda belajar mengurus kewangan. 8. Tidak menyesal di kemudian hari Tiada yang lebih teruk daripada meniti usia yang semakin meningkat dengan menyesal atas perkara yang anda tidak lakukan ketika di usia muda. Terlalu banyak untuk dilalui dan dilihat di dunia ini, jadi kenapa harus tunggu di kemudian hari untuk menikmati kehidupan anda? Tiada alasan kukuh kenapa anda harus menghabiskan masa muda anda dengan hanya bekerja. Seperti kata pepatah, jangan hidup untuk bekerja... kerja untuk hidup. 9. Kerana anda memang berhak menikmati pengembaraan Hell yeah! Anda semua berhak memiliki masa terbaik untuk mengembara dan melihat apa yang ada di luar sana. Jangan tunggu lagi, mulakanlah langkah pertama anda untuk menjelajah dunia. Jangan biarkan peluang ini terlepas, terokalah dunia ketika anda masih muda. http://travelog-aiesha.blogspot.com/2011/12/9-sebab-kenapa-perlu-mengembara-di-usia.html
|